AM > BERITA

Harith Iskander, Cecelia Yap Dikompaun RM10,000 Kerana Hina Islam - MCMC

05/03/2025 09:24 PM

PUTRAJAYA, 5 Mac (Bernama) -- Pelawak Harith Iskander dan Cecelia Yap Song masing-masing akan dikenakan kompaun berjumlah RM10,000 atas kesalahan memuat naik kandungan serta komen bersifat jelik dan menghina agama Islam.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan malam ini memaklumkan tindakan kompaun di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 itu dibuat setelah mendapat izin Jabatan Peguam Negara (AGC).

MCMC turut memaklumkan atas permintaan, pengendali Facebook, Meta telah menurunkan kandungan berkenaan setelah ia didapati melanggar garis panduan komuniti platform media sosial itu. 

"Selain itu, permohonan penutupan akaun Facebook milik kedua-dua individu terbabit juga telah dibuat. Permohonan tersebut kini dalam penelitian dan penilaian pihak Meta," menurut kenyataan tersebut.

Harith didakwa memuat naik gambar secawan kopi dengan kapsyen yang didakwa menghina agama di akaun Facebooknya pada 18 Jan lepas, manakala Cecelia di bawah akaun Facebooknya Cecilia Yap Song KL didakwa memuat naik komen menghina agama Islam pada hantaran selebriti berkenaan tiga hari kemudian.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan