AM > BERITA

Lebih 100 Asnaf Di Kelantan Terima Zakat, Bantuan Keperluan Daripada Yayasan TM

16/03/2025 03:36 PM

KOTA BHARU, 16 Mac (Bernama) -- Yayasan Telekom Malaysia menerusi Program Cahaya Ramadan 2025 telah menyampaikan sumbangan zakat dan barangan keperluan asas seperti beras, bihun serta minyak kepada 150 golongan asnaf di Kelantan dengan peruntukan berjumlah RM30,000.

Pengurus Besar TM Rangkaian Kelantan dan Terengganu Khairul Anuar Ismail berkata program itu dilaksanakan dengan kerjasama agensi kerajaan negeri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan komuniti setempat bagi memastikan bantuan disalurkan kepada penerima yang layak.

“Sempena Ramadan ini, Yayasan TM meneruskan Program Cahaya Ramadan 2025 bagi membantu serta membawa kegembiraan kepada mereka yang kurang berkemampuan di seluruh negara.

"Pada masa sama, kami berpeluang mendekati masyarakat dan memahami keperluan mereka,” katanya kepada pemberita selepas program tersebut di sini, hari ini.

Tahun lalu, lebih 4,500 individu di seluruh negara menerima manfaat program ini menerusi sumbangan pek makanan, pakaian raya, agihan bubur lambuk, majlis berbuka puasa, dan pemberian duit raya (zakat).

Seorang penerima, Muhaiman Mohamad, 44, bersyukur menerima bantuan itu dan berkata ia akan dimanfaatkan sebaiknya sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan