JERTIH, 20 Mac (Bernama) -- Seorang pemandu lori sejuk beku maut selepas kenderaan yang dipandunya terlanggar bahagian belakang sebuah lori kargo di Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu dekat Kampung Renek, di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Azamuddin Ahmad @ Abu berkata pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan yang menimpa Muhammad Amirruldin Abdullah, 31, itu pada 7.30 pagi.
“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca apabila lori kargo yang dipandu lelaki berusia 38 tahun bersama seorang kelindan berusia 28 tahun hilang kawalan ketika mengelak sebuah kereta Toyota Avanza berwarna perak yang keluar simpang secara mengejut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya situasi tersebut menyebabkan bahagian belakang lori kargo itu memasuki laluan bertentangan dan dilanggar lori dipandu Muhammad Amirruldin.
Azamuddin berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada beberapa anggota badan.
Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial