AM > BERITA

ASEAN Akan Perkenal Dasar EV Standard, Diumum Semasa Sidang Kemuncak - Tengku Zafrul

20/03/2025 07:13 PM

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Negara anggota ASEAN sedang berusaha memperkenalkan dasar kenderaan elektrik (EV) standard sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan inisiatif kemampanan serantau dan mempercepatkan peralihan kepada tenaga bersih.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata perbincangan mengenai penyeragaman bateri dan infrastruktur pengecasan EV rentas sempadan itu telah dimulakan dalam kalangan para pegawai kanan dan pemimpin ASEAN.

“Garis masa dan rangka kerja akan dimuktamadkan dan diumumkan semasa Sidang Kemuncak ASEAN akan datang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan ASEAN Unity Drive 2025 di Menara MITI, di sini, hari ini.

Tengku Zafrul berkata inisiatif itu bertujuan untuk menangani pelbagai kebimbangan dalam kalangan pemandu EV dan menggalakkan pembangunan rantaian bekalan serantau yang berdaya tahan dalam sektor automotif.

“Dasar EV bersama ini akan membantu negara ASEAN bekerjasama dengan lebih berkesan dalam memenuhi sasaran kemampanan,” katanya. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan