AM > BERITA

"Sama-Sama BerSeri-Aji® PPR Event" Galak Amalan Sahur Berkhasiat Dapat Sambutan Menggalakkan

21/03/2025 01:34 PM

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Sama-Sama BerSeri-Aji® PPR Event anjuran Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) mendapat sambutan hangat daripada penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak dan Kerinchi sekali gus memupuk semangat kejiranan sambil mempromosi amalan bersahur yang sihat serta berkhasiat sepanjang Ramadan.

AMB dalam satu kenyataan memaklumkan acara yang dihadiri lebih 300 penduduk itu, menampilkan pelbagai aktiviti menarik, termasuk sesi uji rasa makanan, demonstrasi masakan secara langsung oleh Cef Nur Farihin, aktiviti memasak serta cabutan bertuah.

"Mereka yang hadir turut menerima beg hadiah eksklusif manakala kanak-kanak berpeluang menyertai permainan interaktif dan aktiviti seni menggunakan pasir.

"AMB juga mengagihkan sebanyak 15,000 set hadiah kepada penduduk di 10 komuniti PPR lain bagi memastikan lebih ramai keluarga mendapat manfaat daripada kempen itu," menurut kenyataan berkenaan.

Menyedari kepentingan bersahur dalam mengekalkan tenaga sepanjang hari berpuasa, AMB turut melancarkan peraduan ‘Bersahur Bersama Seri-Aji®: Sahur Seribu Kebaikan’ yang menyediakan  hadiah keseluruhan bernilai RM20,000.

"Menerusi inisiatif itu, setiap penyertaan peraduan Seri-Aji® akan menyumbang RM1 kepada Tabung Amal sekali gus membantu golongan yang memerlukan sambil mempromosi pengalaman sahur yang menyenangkan.

"Kami juga bekerjasama dengan Pemimpin Pendapat Utama (KOL) untuk berkongsi idea resipi mudah, setiap perkongsian video juga akan menyumbang kepada usaha berkenaan," menurut kenyataan itu.

Kempen itu turut melibatkan komuniti melalui aktiviti lapangan di lokasi PPR serta jerayawara MT dan TT.

Pengguna boleh menyertai peraduan "Beli dan Menang" dengan membeli produk Seri-Aji® bernilai RM8 atau lebih dalam satu resit dan menghantar gambar resit melalui WhatsApp ke +6016-3630118 atau melalui borang dalam talian di smartcooking.com.my.

"Hadiah menarik disediakan, termasuk tiga hadiah utama iaitu jongkong emas lima gram setiap satu serta ganjaran mingguan RM50 dalam bentuk kredit eWallet Touch ‘n Go untuk 16 pemenang selama 10 minggu," menurut kenyataan itu.

Ditubuhkan pada 1961, AMB adalah antara syarikat Jepun pertama di Malaysia dan sebahagian daripada Kumpulan Ajinomoto, peneraju global dalam produk makanan dan perasa berkualiti tinggi, termasuk Umami Seasoning AJI-NO-MOTO®.

Rangkaian produk AMB merangkumi AJI-NO-MOTO®, SERI-AJI®, AJISHIO®, TUMIX®, aminoVITAL®, PAL SWEET®, dan AJINOMOTO Gyoza serta produk industri di bawah jenama “TENCHO” untuk pasaran tempatan dan eksport.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan