SUKAN > BERITA

BAC 2025: PERSOALAN ZII JIA, TANG JIE-EE WEI TARIK DIRI BELUM TERJAWAB

23/03/2025 02:16 PM

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) -- Apakah bekas juara Asia 2022, Lee Zii Jia bakal tidak beraksi pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 di Ningbo, China, yang akan berlangsung dari 8 hingga 13 April. 

Persoalan itu timbul apabila pemain ranking kelapan dunia itu berada dalam senarai menarik diri berdasarkan semakan Bernama di laman sesawang rasmi Perseketuan Badminton Dunia (BWF).

Zii Jia sebelum ini dilaporkan menarik diri daripada menyertai Terbuka Swiss yang berakhir hari ini, selepas mengalami kecederaan pada bahagian ligamen buku lali kanannya.

Selain Zii Jia, turut berada dalam senarai menarik diri daripada kejohanan itu, pasangan beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang pengesahan atau kenyataan dikeluarkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mahupun Team LZJ berhubung perkara berkenaan.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan