AM > BERITA

Penjawat Awam Perlis Terima Bantuan Khas Kewangan RM500 Sempena Aidilfitri

21/03/2025 02:12 PM

KANGAR, 21 Mac (Bernama) -- Kerajaan Negeri Perlis bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 bersempena dengan sambutan perayaan Aidilfitri kepada kira-kira 1,700 penjawat awam negeri itu bagi menghargai khidmat mereka.

Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli berkata bantuan khas berkenaan akan dibayar pada akhir Mac ini kepada penjawat awam Gred 15 dan ke bawah termasuk pegawai serta petugas lantikan kontrak yang bekerja di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis.

" … ia sebagai suntikan motivasi kepada semua penjawat awam untuk terus beriltizam dan berintegriti dalam melaksanakan tugas mereka," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Shukri berkata bantuan khas terbabit akan turut diberikan kepada pesara kerajaan serta veteran berpencen dan veteran tidak berpencen dengan bayaran sebanyak RM250.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan