AM > BERITA

Ahmad Samsuri Puji Kerajaan Tingkatkan Kadar Pemberian Mengikut Orang

21/03/2025 09:07 PM

CHUKAI, 21 Mac (Bernama) -- Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memuji keputusan kerajaan dalam meningkatkan Kadar Pemberian Mengikut Bilangan Orang kepada negeri sebanyak 25 peratus bermula 2026.

Ahmad Samsuri berkata keputusan itu adalah bukti hubungan baik dan perbincangan sihat yang berlangsung antara Pusat dan negeri.

Beliau berkata ia juga satu permulaan ke arah usaha menambah baik beberapa kadar pemberian lain kepada negeri dengan mengambil kira perbezaan demografi.

“Kali terakhir kadar ini (pemberian mengikut bilangan orang) dipinda adalah pada 2002, sudah pasti dalam tempoh 20 tahun banyak perubahan berlaku daripada aspek populasi rakyat dan nilai ekonomi.

“Di Terengganu dalam tempoh ini kadar populasi meningkat 31.6 peratus iaitu daripada 936,000 penduduk pada 2002 kepada 1.23 juta penduduk sehingga kini,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa MADANI Peringkat Negeri Terengganu 2025 di Masjid Sultan Ahmad di sini hari ini.

Pada 6 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan mengumumkan Kadar Pemberian Mengikut Bilangan Orang dinaikkan 25 peratus atau RM109 juta kepada RM548 juta berkuat kuasa mulai tahun depan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan