AM > BERITA

Lebuhraya Pan Borneo Sarawak: Sibuti Antara Seksyen Terakhir Dalam Pembinaan

21/03/2025 10:46 PM

KOTA SAMARAHAN, 21 Mac (Bernama) -- Seksyen Sibuti di Miri dalam Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak menjadi antara kawasan terakhir yang masih dalam pembinaan sebelum lebuh raya tersebut siap sepenuhnya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata buat masa ini kerja-kerja pengalihan paip sedang dilaksanakan di seksyen tersebut.

“Sekarang ini pembinaan (Pan Borneo Sarawak) ada isu di Sibuti kerana ada kerja pengalihan paip. Kerja-kerja pembinaan tidak boleh dibuat sehingga paip baharu disiapkan.

“Sebab itu pembinaan bergerak lambat (belum siap sepenuhnya), kita jangkakan siap pada 2026,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program santunan kasih Ramadan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di sini, hari ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan sebelum ini dilaporkan berkata Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak telah mencapai 99 peratus siap setakat Julai tahun lepas.

Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak merangkumi 11 pakej kontrak melibatkan 25 seksyen sepanjang 786 kilometer dengan 11 kontraktor dilantik.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan