AM > BERITA

Banjir: Mangsa Di Johor Meningkat Sedikit

28/03/2025 08:33 AM

JOHOR BAHRU, 28 Mac (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat sedikit kepada 270 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 266 orang yang direkodkan semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata kesemua mangsa daripada 80 keluarga kini ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi.

"Sebanyak 236 mangsa daripada 72 keluarga berlindung di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading, manakala 34 orang daripada lapan keluarga pula berteduh di Sekolah Kebangsaan Sri Comel di Batu Pahat. 

"Selain itu, kawasan yang masih lagi terjejas adalah Kampung Baharu dan Kampung Parit Betong di daerah yang sama," katanya dalam kenyataan hari ini. 

"Sebanyak 236 mangsa daripada 72 keluarga berlindung di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading, manakala 34 orang daripada lapan keluarga pula berteduh di Sekolah Kebangsaan Sri Comel di Batu Pahat.

Menurut Azmi, stesen Sungai Senggarang di Senggarang, Batu Pahat, dilaporkan melebihi paras amaran dengan bacaan 3.31 meter, namun dengan trend menurun.

Beliau berkata daerah Kluang diramalkan hujan, manakala Tangkak dan Kulai kelihatan mendung, sementara tujuh daerah lain di negeri itu dijangka cerah pada pagi ini.

-- BERNAMA 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan