AM > BERITA

Mangsa Banjir Di Johor Terus Berkurang, Satu PPS Ditutup

28/03/2025 07:04 PM

JOHOR BAHRU, 28 Mac (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Johor berkurang kepada 236 orang setakat 6 petang ini berbanding 270 orang pagi tadi susulan penutupan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS).

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani memaklumkan 34 orang daripada lapan keluarga yang ditempatkan PPS Sekolah Kebangsaan Sri Comel di Batu Pahat dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing setelah keadaan didapati selamat. 

“Sementara semua mangsa daripada 72 keluarga yang masih terjejas dengan bencana itu kekal berada di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading, di daerah sama. 

“Selain itu, stesen Sungai Senggarang di Senggarang, Batu Pahat dilaporkan melepasi paras amaran dengan bacaan 3.27 meter,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata daerah Johor Bahru, Mersing, Kota Tinggi dan Kulai diramalkan mendung manakala enam daerah lain di negeri itu dijangka cerah pada petang ini. 

-- BERNAMA 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan