AM > BERITA

Mayat Lelaki Ditemukan Tersepit Dalam Longkang

29/03/2025 06:13 PM

IPOH, 29 Mac (Bernama) -- Mayat lelaki yang tidak dapat dikenal pasti identitinya ditemukan tersepit di dalam longkang di Lebuh Bercham Timur, Pusat Bandar Baru Bercham dekat sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan pada 1.50 tengah hari tadi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tambun digegaskan ke lokasi kejadian.

"Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan yang turut berada di lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata mayat berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya pada 2.42 petang. 

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan