KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Keadaan banjir di Johor dan Sabah tidak jauh berubah dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan sedikit kepada 472 orang berbanding 481 orang, petang semalam.
Di JOHOR, jumlah mangsa di Batu Pahat menurun kepada 326 orang daripada 109 keluarga setakat 9 pagi ini, berbanding 334 orang daripada 110 keluarga direkodkan semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata kesemua mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gading, Batu Pahat.
Mereka merupakan penduduk Kampung Baharu, Kampung Parit Bengkok, Kampung Parit Kaspan, Kampung Parit Samion, Kampung Parit Haji Salleh Ros, Kampung Parit Sri Muar, Kampung Sri Pandan dan Kampung Parit Samijan.
Rohani berkata stesen Sungai Senggarang di Senggarang, Batu Pahat dilaporkan melepasi paras amaran dengan bacaan 3.26 meter.
“Selain itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir di Pontian, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Di SABAH, Sekretariat JPBN dalam kenyataan memaklumkan setakat 8 pagi ini, jumlah mangsa banjir di Kinabatangan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Garam kekal 146 orang daripada 31 keluarga daripada empat kampung di daerah itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial