JASIN, 12 April (Bernama) -- Pasukan bomba terpaksa dipanggil untuk memberikan bantuan bagi melepaskan jari seorang wanita bersama anaknya yang berumur enam tahun, yang tersepit pada rantai basikal di Taman Merlimau Permai di sini hari ini.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau Pegawai Bomba Kanan II Mohd Sufian Abu Bakar berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu pada kira-kira 9.39 pagi tadi.
“Jari telunjuk kedua-dua mereka berjaya dikeluarkan dalam tempoh kira-kira lima minit dan wanita berumur 32 tahun bersama anaknya itu kemudian dihantar ke klinik berhampiran untuk menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya dimaklumkan bahawa kejadian itu berlaku disebabkan keterujaan kanak-kanak tersebut melihat basikal baharu yang dibelikan ayahnya.
“Ibunya cuba untuk membantu anaknya melepaskan jari tersebut daripada rantai basikal, namun jarinya pula yang tersepit,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial