KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Operasi pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights yang dibuka bagi menempatkan mangsa insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights ditutup sepenuhnya 2.30 petang tadi.
Pegawai Daerah Petaling yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Petaling Huzunul Khaidil Mohammed berkata 210 mangsa daripada 60 keluarga mula mengosongkan PPS berkenaan sejak pagi tadi dengan mangsa terakhir meninggalkan PPS pada 2 petang.
"Alhamdulillah hingga hari ini kesemua mangsa terlibat iaitu 613 keluarga telah pulang ke kediaman masing-masing.
"Bagi mangsa yang kediaman mereka musnah, ada yang berpindah ke rumah sewa dan perumahan Airbnb yang ditaja kerajaan negeri selain mereka turut menerima bantuan barangan asas kehidupan seperti beras selama sebulan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di PPS Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights di sini, hari ini
Dalam masa sama, Huzunul Khaidil turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat yang melancarkan proses pemindahan penduduk di PPS Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights dan PPS Dewan Camelia Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).
PPS Dewan Camelia MBSJ yang menempatkan 60 mangsa daripada 16 keluarga ditutup pada 9 April lepas setelah bantuan ditawarkan kerajaan Selangor mula disalurkan selain beberapa keluarga dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial