AM > BERITA

Puluhan Rumah Rosak Akibat Ribut Di Perak

13/04/2025 10:42 PM

IPOH, 13 April (Bernama) -- Hujan lebat berserta angin kencang yang melanda daerah Larut, Matang dan Selama petang tadi menyebabkan puluhan rumah mengalami kerosakan.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam kenyataan memaklumkan kawasan terlibat ialah Taman Medan Pengkalan, Taman Damai, Taman Pengkalan Cemerlang, Kampung Pak Darus, Jalan Pengkalan Cemerlang, Pengkalan Air dan Batu 2 1/2.

"Kejadian angin kencang dan hujan lebat berlaku pada 4.30 petang hingga 6 petang itu telah menyebabkan berlaku kejadian pokok tumbang menyebabkan kerosakan pada harta benda mangsa," menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Orang Ramai Taman Kaya bagi menempatkan mangsa.  

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini dan jumlah sebenar kediaman terjejas serta mangsa masih dalam bancian.

APM juga telah mengambil tindakan segera memotong dahan kayu yang menghalang jalan bagi mengelakkan kejadian buruk.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan