AM > BERITA

Malaysia Beri Kenyataan Lisan Isu Pendudukan Israel Di Palestin Isnin Ini

25/04/2025 08:51 PM

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said akan mewakili kerajaan Malaysia memberikan kenyataan secara lisan pada sesi pendengaran awam berhubung isu pendudukan Israel di Palestin, Isnin ini.

Azalina menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan Malaysia akan terlibat dalam sesi berkenaan yang diadakan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) The Hague, Belanda.

"Terima kasih Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan atas amanah untuk mewakili Malaysia dan pembentangan isu undang-undang antarabangsa di ICJ," katanya yang turut menzahirkan rasa bangga melihat Jalur Gemilang berkibar di The Hague, Belanda

Ahli Parlimen Pengerang itu turut menyeru rakyat Malaysia untuk mendoakan penduduk Palestin.

Israel menyambung semula serangan ketenteraannya ke atas Semenanjung Gaza pada 18 Mac selepas menghentikan gencatan senjata dan perjanjian pertukaran tahanan yang dilaksanakan sejak Januari.

Sejak Oktober 2023, hampir 51,300 rakyat Palestin terbunuh di wilayah itu, majoritinya wanita dan kanak-kanak.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan