AM > BERITA

SPRM Terima Tiga Kenderaan Khas Bagi Kegunaan Pasukan Taktikal ACTS

26/04/2025 03:51 PM

KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima tiga unit kenderaan baharu bagi kegunaan Pasukan Taktikal SPRM (ACTS) selaras usaha memantapkan keupayaan unit berkenaan dalam membanteras jenayah rasuah.

SPRM dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi hari ini memaklumkan kenderaan tujuan khas (SPV) itu melibatkan dua unit daripada jenama Weststar Maxus V80 dan sebuah Toyota Hiace.

“Kenderaan SPV itu telah diubah suai dengan kelengkapan sistem terkini, sesuai dengan keperluan Pasukan Taktikal ACTS dalam pelaksanaan tugasan operasi semasa,” menurut kenyataan itu.

Majlis penerimaan disempurnakan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya semalam.

Pada majlis sama, Azam turut menyerahkan sijil pentauliahan pegawai ACTS SPRM kepada 15 pegawai yang telah menghadiri Kursus Advance Special Operations Training (ASOT).

Turut hadir, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Datuk Junipah Wandi dan Pengarah Bahagian Keselamatan SPRM Zuhairie Abu Bakar.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan