KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV) telah secara rasmi mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) atas pencapaian Penyertaan Terbanyak dalam program Saringan ECG di Malaysia, dengan 827 individu menjalani saringan sepanjang tiga hari inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Pulse of Life: The Ultimate Heart Health Experience.
Program dan pengiktirafan berkenaan mengukuhkan kedudukan SMCV sebagai hospital penjagaan tertiari terkemuka dalam penjagaan jantung, dengan kesihatan jantung menjadi satu daripada kepakaran teras dan bidang tumpuan dalam menyampaikan perkhidmatan perubatan yang menyeluruh kepada masyarakat.
Selain itu, SMCV juga menerajui inisiatif pertama di negara ini dengan membawa saringan ECG ke ruang awam, menjadikan Atrium Utama pusat beli-belah Sunway Velocity sebagai pusat kesihatan jantung dari 25 hingga 27 April lepas.
Program berkenaan mendapat sambutan luar biasa, menarik kehadiran bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi juga ekspatriat dan pesakit antarabangsa yang datang untuk mendapatkan rawatan atau berkunjung ke Kuala Lumpur.
Dua pencapaian ini menunjukkan komitmen berterusan SMCV untuk merubah akses kesihatan awam menerusi inisiatif komuniti yang berkesan dengan tumpuan utama kepada pengesanan awal dan pencegahan.
Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada usaha SMCV dalam menangani krisis kesihatan kardiovaskular yang semakin meningkat di Malaysia, dengan penyakit jantung iskemik menjadi penyebab utama kematian dalam kalangan rakyat Malaysia berusia 41 hingga 59 tahun.
Ketua Pegawai Eksekutif SMCV Susan Cheow berkata SMCV amat berbesar hati atas pengiktirafan diberikan oleh MBOR, dan lebih menginspirasikan adalah apabila melihat masyarakat mengambil peluang proaktif dalam menjaga kesihatan jantung mereka.
“Matlamat kami merentasi dinding hospital. Kami ingin mendekati masyarakat di mana sahaja mereka berada dan menjadikan penjagaan pencegahan lebih mudah diakses serta bermakna.
“Melihat ramai yang turut serta dalam saringan serta inisiatif dan perundingan perubatan yang dijalankan, telah membuktikan bahawa masyarakat kini bersedia untuk mengambil tanggungjawab menjaga kesihatan jantung mereka,” katanya sambil menambah, SMCV komited untuk mewujudkan lebih banyak peluang sama bagi meningkatkan kesedaran dan menyokong hasil kesihatan jangka panjang yang lebih baik kepada orang ramai.
Program saringan adalah bertujuan memperkasa individu berusia 18 tahun ke atas supaya mengambil langkah proaktif dalam menjaga kesihatan jantung mereka. Para peserta diberikan pemeriksaan ECG percuma dengan sokongan pasukan jururawat, pakar perunding kardiologi dan pakar perubatan dalaman SMCV. Program ini membawa perkhidmatan penilaian awal kesihatan jantung terus kepada masyarakat dalam suasana terbuka dan mudah diakses.
Penyertaan orang ramai yang menggalakkan bukan sahaja mencerminkan perubahan sikap terhadap kesihatan jantung, malah turut menekankan kepentingan membawa intervensi perubatan ke dalam komuniti harian. Kehadiran yang memberangsangkan ini menunjukkan kesedaran awam semakin meningkat terhadap risiko penyakit kardiovaskular serta keperluan untuk pilihan saringan lebih mudah diakses di luar persekitaran hospital.
Pakar Perunding Kardiologi dan Pakar Perubatan Dalaman Datuk Dr Foo Yoke Loong berkata adalah penting melakukan saringan awal dalam membendung penyakit kardiovaskular. Program yang mencatat rekod ini telah memberikan peluang pertama kepada orang ramai untuk mengetahui status kesihatan jantung mereka.
“Saringan ECG awam ini bukan sekadar memecahkan rekod, ia tentang memberikan peluang kepada masyarakat untuk mendapatkan maklumat penting mengenai kesihatan kardiovaskular mereka. Bagi kebanyakan peserta, ia menjadi langkah pertama untuk menyedari tanda-tanda awal dan memahami risiko yang mungkin dihadapi.
“Kami juga berpeluang memberikan panduan perubatan serta nasihat mengenai tindakan susulan yang sesuai. Kami berharap usaha seperti ini akan terus meningkatkan kesedaran tentang kepentingan intervensi awal, sekali gus membawa kepada hasil lebih positif dalam menangani penyakit kardiovaskular,” menurut Dr Foo.
Porgam berkenaan turut memperkenalkan satu lagi inisiatif pertama di Malaysia iaitu Immersive Visual Journey yang menampilkan pemasangan seni yang menarik dan memukau secara visual, iaitu degupan jantung sebenar diubah menjadi paparan cahaya artistik. Ia menggabungkan seni dan kesedaran tentang kadar denyutan jantung, dengan para pengunjung dapat menyaksikan perubahan cahaya mengikut kadar denyutan yang rendah, normal dan tinggi.
Galeri Pendidikan Kesihatan Jantung dan Pameran Jantung Gergasi turut diadakan di lokasi sama, yang membolehkan pengunjung mempelajari anatomi dan fungsi jantung manusia dengan lebih menarik dan memberikan impak visual melalui pengalaman berjalan dalam jantung bersaiz besar.
Selain itu, program berkenaan turut menampilkan bengkel kecergasan percuma sepanjang hujung minggu, gera-gerai rakan kongsi serta saringan kesihatan percuma untuk tekanan darah, glukosa dan kolesterol bersama dengan kaunseling ubat dan nasihat daripada jururawat serta ahli farmasi SMCV yang berada di lokasi.
Menerusi program Pulse of Life: The Ultimate Heart Health Experience dan penglibatan orang ramai, ia menguatkan komitmen SMCV untuk menjadikan pendidikan kesihatan jantung lebih mudah diakses, memberi impak dan menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat seharian.
-- BERNAMA
Penafian: Ini adalah artikel advertorial berbayar. BERNAMA tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, ketepatan dan pendapat yang disiarkan dalam artikel tersebut.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial