AM > BERITA

Rafizi Sudah Kembali Bertugas Hari Ini - Chang

06/05/2025 06:31 PM

PUTRAJAYA, 6 Mei (Bernama) -- Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli kembali bertugas hari ini selepas dilaporkan mengambil cuti panjang.

Perkara itu disahkan Naib Presiden PKR yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.

“Pagi tadi saya ada bersama dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), Rafizi dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, dalam satu perjumpaan dengan bekas Perdana Menteri Jepun Kishida Fumio, di Pejabat Perdana Menteri.

“Jadi ya lah, memang sah beliau (Rafizi) sudah mula bekerja,” katanya kepada media selepas pelancaran Program Innovathon Musim Ketiga, di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan desas-desus mengenai Rafizi yang didakwa mengambil cuti panjang telah mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan akar umbi parti, terutamanya ketika proses Pemilihan PKR 2025 sedang berlangsung di seluruh negara.

Anwar pada Jumaat lepas dilaporkan berkata tindakan Rafizi yang didakwa mengambil cuti panjang tidak perlu dijadikan isu, sebaliknya cuti yang dimohon Ahli Parlimen Pandan itu hanyalah beberapa hari, bukan sehingga hujung bulan seperti dilaporkan media massa.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan