AM > BERITA

GSF: Hanya Tiga Kapal Bawa Rakyat Malaysia Masih Ada Hubungan

02/10/2025 11:14 AM

SEPANG, 2 Okt (Bernama) -- Hanya tiga kapal yang membawa rakyat Malaysia dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) menuju ke Gaza masih disahkan belayar dan mengekalkan hubungan dengan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) setakat pukul 10 pagi ini.

Menurut data sistem pengesan SNCC, kapal terbabit ialah Fair Lady yang membawa Zainal Rashid Ahmad dan Ustaz Muhammad Abdullah, Free Willy (Muhammad Hareez Adzrami dan Dr Taufiq Mohd Razif) serta Inana (Razali Awang).

Bagaimanapun, dua kapal lain iaitu Estrella dan Mikeno yang turut membawa rakyat Malaysia dilaporkan terputus hubungan. Status sama ada kedua-dua kapal itu telah dipintas atau penumpangnya ditahan tentera Israel masih belum dapat disahkan.

Mereka yang berada di atas kapal Estrella ialah PU Rahmat, Norhelmi, Mohd Asmawi dan Norazma, manakala Mikeno membawa seorang lagi rakyat Malaysia, Ardell Aryana.

Secara keseluruhannya, sebanyak 10 kapal membawa 23 rakyat Malaysia dalam misi GSF menuju ke Gaza.

Sehingga pukul 7.50 pagi waktu Malaysia, seramai 12 rakyat Malaysia disahkan ditahan tentera Israel selepas kapal mereka memasuki zon merah R3, kira-kira 100 batu nautika dari Gaza, malam tadi.

Empat rakyat Malaysia lain dilaporkan berada di atas kapal Jong sebagai pemerhati di luar zon merah, iaitu Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Mazian Seman, Serieffa Mushtafa Albakry dan Ariff Budiman.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan