PUTRAJAYA, 9 Okt (Bernama) -- Agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau mana-mana badan yang berminat, ditawarkan untuk menjadi pemerhati bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pemerhati berpeluang melihat perjalanan pilihan raya bermula daripada proses penamaan calon sehingga keputusan diumumkan.
"Permohonan menjadi pemerhati pilihan raya mula dibuka bermula hari ini dan tarikh tutup permohonan akan dimaklumkan selepas Mesyuarat Khas SPR bagi PRN itu," menurut SPR.
SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas pada 16 Okt ini bagi membincangkan beberapa tarikh penting dan perkara lain berkaitan PRN Sabah.
Isnin lepas, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan Ketua Menteri Bersama Wakil Rakyat Kerajaan Sabah di Menara Kinabalu.
Pengumuman dibuat selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu.
Maklumat lanjut boleh diperoleh di https://www.spr.gov.my.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial