AM > BERITA

PRN Sabah: Permohonan Undi Pos Dibuka 13 Okt

10/10/2025 04:33 PM

KOTA KINABALU, 10 Okt (Bernama) -- Permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 akan dibuka bermula Isnin (13 Okt).

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Khairul Shahril Idrus berkata permohonan itu bagi semua kategori iaitu Kategori 1A melibatkan anggota polis, tentera, petugas pilihan raya, ahli atau pegawai SPR dan petugas media.

“Permohonan juga termasuk Kategori 1B (warganegara Malaysia tinggal di luar negara) dan Kategori 1C (agensi/organisasi). Semua permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian menerusi pautan https://myspr.spr.gov.my. 

“Pemilih yang layak dan berhasrat untuk mengundi secara pos hendaklah mendaftar atau mempunyai akaun MySPR sebelum membuat permohonan undi pos,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata tarikh tutup permohonan undi pos bagi semua kategori akan dimaklumkan kelak.

Untuk pertanyaan atau keterangan lanjut, mereka terlibat boleh menghubungi talian 03-8892 7080 atau 03-8892 7218.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan