AM > BERITA

PM Dijadual Hadir Majlis Rumah Terbuka Deepavali MADANI 18 Okt - Gobind

12/10/2025 03:31 PM

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Deepavali MADANI Peringkat Kebangsaan 2025 yang akan diadakan di Lot F, KL Sentral, di sini pada 18 Okt ini.

Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata majlis berkenaan akan berlangsung dari 10 pagi hingga 2 petang dan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama meraikan sambutan Deepavali dalam suasana muhibah serta penuh keharmonian.

“Majlis ini ialah peluang untuk kita semua menyambut Deepavali sebagai satu keluarga besar Malaysia MADANI. Jadi, saya mengundang seluruh rakyat Malaysia untuk hadir bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Deepavali MADANI tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas menghadiri Forum Menteri: Kesan Kecerdasan Buatan terhadap Tenaga Kerja Masa Hadapan bersempena dengan International Young Future Leaders Summit (iFuture) 2025 yang turut menampilkan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Gobind berkata kehadiran Perdana Menteri akan menyerikan lagi acara berkenaan yang diadakan sebagai simbol perpaduan dan keterangkuman masyarakat majmuk di negara ini.

Perayaan Deepavali akan disambut pada 20 Okt.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan