AM > BERITA

Tindakan Segera Baiki Mendapan Jalan Di Taman Seri Tawar

13/11/2025 12:03 PM

BUTTERWORTH, 13 Nov (Bernama) -- Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mengambil tindakan segera berhubung mendapan jalan dan runtuhan tembok penahan konkrit bertetulang (RC wall) berhampiran tebing sungai di Taman Seri Tawar, Teluk Air Tawar, di sini bagi menjamin keselamatan awam.

Menurut kenyataan MBSP menerusi laman Facebook, Datuk Bandar MBSP Datuk Baderul Amin Abdul Hamid telah turun ke lokasi semalam bagi meninjau keadaan sebenar susulan aduan awam berhubung insiden terbabit.

MBSP memaklumkan lawatan di bawah pendekatan Management By Walking Around (MBWA) itu bertujuan meninjau keadaan sebenar di tapak dan menilai tahap kerosakan yang menjejaskan struktur jalan serta sistem saliran di situ.

"Datuk Bandar (Baderul Amin) menegaskan kepentingan tindakan segera bagi menjamin keselamatan awam dan mengelak kerosakan bertambah serius yang berlaku di kawasan tersebut.

"Kerja-kerja pembaikan segera yang merangkumi pemasangan sheet pile, pembinaan semula RC wall, jalan dan parit sepanjang 130 meter dijangka bermula pada penghujung November ini," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan