BACHOK, 22 Nov (Bernama) -- Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Bachok malam tadi susulan banjir akibat hujan lebat berterusan tahap waspada sejak semalam.
Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan PPS berkenaan menempatkan 43 mangsa daripada 12 keluarga daripada satu mukim yang terlibat.
Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati beberapa kawasan di Kampung Budi, Tawang masih dinaiki air, dengan paras air mula menenggelami jalan kampung dan halaman rumah penduduk.
Aktiviti harian turut terganggu, termasuk pergerakan kenderaan, manakala ramai penduduk telah mengalihkan kereta ke kawasan lebih tinggi bagi mengelak ditenggelami air.
Selain itu, kelihatan trak bomba dan anggota penyelamat berada di kawasan berkenaan bagi meninjau keadaan serta memastikan keselamatan penduduk.
Semalam, Bernama melaporkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Kelantan dan Terengganu sehingga Rabu ini (26 Nov).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial