KOTA BHARU, 22 Nov (Bernama) -- Mangsa banjir di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Bachok meningkat kepada 148 orang daripada 51 keluarga, petang ini.
Menurut InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dua PPS terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pauh Sembilan, Tawang dan SK Jelawat.
“Dua PPS tambahan turut dibuka iaitu di SK Tapang di Kota Bharu dan SK Pengkalan Kubor 2 di Tumpat, namun setakat ini belum menempatkan sebarang mangsa banjir,” menurut InfoBencana JKM.
Semalam, Bernama melaporkan Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Kelantan dan Terengganu hingga Rabu ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial