AM > BERITA

Negara-negara Selatan Global Jangka G20 Ambil Pendirian Tegas Mengenai Gaza, Sudan Dan Ukraine - PM Anwar

22/11/2025 10:10 PM

Daripada M.Saraswathi

JOHANNESBURG, 22 Nov (Bernama) -- Negara-Negara Selatan Global menjangkakan G20 akan menunjukkan pendirian yang tegas untuk menamatkan kekejaman dan penjajahan berterusan di Gaza, serta konflik di Sudan dan Ukraine, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Beliau berkata jangkaan tersebut menjadi lebih menyerlah kerana Sidang Kemuncak Pemimpin G20 berlangsung di sebuah negara yang mereka sendiri telah melalui pengalaman paling tidak berperikemanusiaan akibat apartheid dan penjajahan.

Afrika Selatan merupakan negara Afrika pertama yang mempengerusikan G20.

“Kita berkumpul di sebuah negara dan benua yang telah mengalami aspek paling tidak berperikemanusiaan akibat apartheid dan penjajahan.

“Negara-negara di selatan mengharapkan G20 memperjuangkan agenda yang adil dan saksama,” kata Perdana Menteri ketika menyampaikan intervensi pada Sesi 1 Sidang Kemuncak Pemimpin G20 bertajuk: “Pertumbuhan Ekonomi Inklusif dan Mampan Tanpa Ada Yang Ketinggalan: Membina Ekonomi Kita; Peranan Perdagangan; Pembiayaan untuk Pembangunan; dan Beban Hutang,” di sini.

“(G20 perlu) berpendirian tegas dalam usaha kita menamatkan kekejaman dan penjajahan di Gaza, menamatkan konflik sivil di Sudan dan mencapai penyelesaian damai bagi perang di Ukraine,” kata beliau.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan