AM > BERITA

Johari Galak Ahli Parlimen Pakai Oren Sempena Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita Esok

24/11/2025 06:26 PM

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Semua Ahli Parlimen digalakkan untuk mengenakan pakaian atau aksesori berwarna oren semasa persidangan Dewan Rakyat esok sebagai tanda solidariti sempena Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita. 

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata inisiatif itu bertujuan meningkatkan kesedaran global mengenai keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan, selain menyeru tindakan kolektif bagi menghapuskannya.

“Ini juga sebagai tanda solidariti Parlimen Malaysia terhadap usaha untuk menangani keganasan terhadap wanita, jadi esok pakai oren ya,” katanya sebelum sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Komunikasi di Dewan Rakyat hari ini. 

 Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita Antarabangsa disambut pada 25 Nov setiap tahun.

-- BERNAMA 

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan