AM > BERITA

Program Strike SPRM Tingkat Tahap Kesihatan, Kecekapan Warga Kerja

25/11/2025 08:08 PM

PUTRAJAYA, 25 Nov (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melaksanakan Program Kesedaran Pengurusan Berat Badan (STRIKE) bagi meningkatkan tahap kesihatan, kecergasan dan pengurusan berat badan warga kerjanya.

Menurut kenyataan yang dikongsikan kepada media, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata program itu bertujuan memastikan warga SPRM kekal cergas, sihat dan berketerampilan seiring tuntutan tugas penguatkuasaan.

"Saya mahu melihat pegawai SPRM memiliki imej yang mencerminkan integriti organisasi. Kesihatan yang baik bukan lagi pilihan, tetapi satu keperluan bagi memastikan keberkesanan tugas serta keyakinan masyarakat," katanya selepas perasmian Seminar "Satu Strike! Ke Arah Gaya Hidup Sihat, Strike The Weight, Strive For Health!" di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, program berkenaan dijangka dijadikan projek penyelidikan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Persatuan Obesiti Malaysia (MYOS) bagi tujuan penerbitan akademik berdasarkan dapatan sepanjang pelaksanaannya yang bakal berakhir pada Januari 2026.

Program STRIKE dilaksanakan secara menyeluruh merangkumi siri pertemuan fizikal dan dalam talian antaranya sesi Sembang Santai Kopi O, pengisian buku log pemantauan berat dan gaya hidup, sesi kaunseling pemakanan individu, ujian kesihatan asas, perkongsian pakar, demonstrasi masakan sihat serta latihan kecergasan bersama jurulatih profesional.

-- BERNAMA 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan