AM > BERITA

Bot Terbalik: Pengemudi Maut, Empat Selamat

25/11/2025 09:03 PM

IPOH, 25 Nov (Bernama) -- Seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 70 tahun ditemukan maut selepas bot yang dinaikinya bersama empat warga Myanmar terbalik di Kampung Sungai Tiang Baroh, dekat Selekoh hari ini.

Pemangku Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Malaysia Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada 11.27 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang digerakkan ke lokasi kejadian.

"Siasatan awal mendapati bot tersebut dipercayai terbalik akibat arus deras, mengakibatkan lima mangsa tercampak ke dalam air.

“Empat mangsa warga Myanmar berjaya menyelamatkan diri namun seorang lagi mangsa yang merupakan pengemudi bot hanyut dibawa arus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shazlean berkata operasi pencarian digerakkan menggunakan konsep LAST dengan anggota melakukan pemeriksaan di kawasan sekitar lokasi kejadian.

“Pasukan operasi menerima maklumat penemuan mangsa di kawasan paya sebelum anggota diarahkan menghampiri lokasi dan membawa mangsa keluar dari benteng lumpur sedalam paras dada,” katanya.

Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi ditamatkan pada 4.51 petang.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan