AM > BERITA

AGC Arah PDRM Segera Lengkapkan Siasatan Kematian Pemandu Lori Dalam Tahanan

06/12/2025 03:37 PM

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Jabatan Peguam Negara (AGC) telah mengarahkan Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) Bukit Aman untuk segera melengkapkan siasatan berhubung kematian M Manisegaran.

AGC hari ini memaklumkan ia bagi membolehkan kes tersebut dirujuk kepada Mahkamah Koroner untuk menentukan punca dan sebab kematian pemandu lori terbabit.

Menurut kenyataan itu, laporan penuh siasatan tersebut dijangka dirujuk kepada AGC dalam masa terdekat.

“Jabatan ini kekal komited memastikan setiap kes kematian dalam tahanan ditangani secara telus, menyeluruh dan selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa,” menurut AGC.

Media sebelum ini melaporkan Menteri Digital Gobind Singh Deo menggesa AGC menjelaskan dakwaan berhubung seorang pemandu lori yang meninggal dunia dalam tahanan polis tetapi tidak disiasat selepas lebih sembilan bulan.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan siasatan secara telus, terbuka dan terperinci tanpa melindungi mana-mana pihak berhubung kes kematian dalam tahanan di negara ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan