AM > BERITA

Perlis Beri Bantuan Khas Kewangan RM500 Kepada Penjawat Awam Negeri

09/12/2025 12:54 PM

KANGAR, 9 Dis (Bernama) -- Kerajaan Negeri Perlis bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam negeri termasuk kakitangan kontrak bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka.

Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli berkata bantuan itu akan dibayar pada Januari tahun depan.

“Kerajaan negeri berharap agar penjawat awam dapat meningkatkan tahap produktiviti, kecekapan serta kualiti hasil kerja selaras dengan penambahbaikan yang diterima demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan memperkukuh tadbir urus kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membentangkan Belanjawan Perlis 2026 bertemakan ‘Perlisku Bestari Rakyat Sejahtera’ pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks Seri Putra di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd Shukri berkata penstrukturan semula gaji penjawat awam negeri itu melalui pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Fasa 2 yang akan berkuat kuasa Januari 2026 melibatkan penambahan sebanyak RM3.28 juta.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan