AM > BERITA

Banjir Perak Semakin Pulih, Sarawak Catat Peningkatan Mangsa

10/12/2025 10:01 AM

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Situasi banjir di Perak menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah mangsa dipindahkan semakin berkurangan, namun situasi berbeza di utara Sarawak apabila bilangan penduduk terjejas meningkat berbanding semalam.

Di PERAK, situasi banjir di Hilir Perak dan Manjung beransur pulih apabila jumlah mangsa setakat pagi ini berkurangan kepada 141 orang daripada 42 keluarga yang masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS), berbanding 147 mangsa daripada 43 keluarga malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak memaklumkan daerah Hilir Perak merekodkan 117 mangsa daripada 35 keluarga manakala daerah Manjung dengan 24 mangsa melibatkan tujuh keluarga.

Sementara itu, JPS memaklumkan Sungai Slim berada pada paras berjaga-jaga apabila mencatat 25.11 meter berbanding paras normal 23.50 meter.

Di SARAWAK, empat PPS masih dibuka di kawasan utara Sarawak dengan jumlah mangsa banjir telah meningkat kepada 191 orang pada 8 pagi ini berbanding 130 mangsa, petang semalam.

Menurut laporan Sekretariat JPBN Sarawak, PPS di Dewan Bulan Sabit Merah di Miri kini menempatkan 35 mangsa termasuk empat mangsa tanah runtuh dari Kampung Lusut Jaya Taman Tungku, SK Kampung Angus (13 mangsa), PPS SK Suai Niah (89 mangsa) dan PPS Dewan Suarah Bintulu (54 mangsa).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan