AM > BERITA

Malaysia, UAE Dijangka Meterai MoU Pertahanan - Mohamed Khaled

11/12/2025 11:40 AM

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dijangka memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang pertahanan, bagi memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua negara.

Menteri Pertahanan Datuk Seri  Mohamed Khaled Nordin menerusi hantaran di Facebook berkata beliau kini berada di UAE bagi lawatan kerja selama dua hari, dengan MoU itu menjadi antara agenda utama pertemuannya bersama Menteri Negara bagi Hal Ehwal Pertahanan UAE Mohamed Mubarak Fadhel AlMazrouei di Abu Dhabi.

Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai malam tadi, Mohamed Khaled turut mengadakan sesi pramesyuarat bagi memastikan keseluruhan perjalanan lawatan kerja beliau teratur dan lancar.

“Semoga lawatan ini memberi manfaat dan membuka ruang kerjasama baharu lebih erat dalam aspek keselamatan dan pertahanan, yang menguntungkan kedua-dua negara,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan