KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Multiplex Property Group memperkukuh operasinya menerusi pembukaan ibu pejabat baharu di Taman Bukit Serdang, Selangor, yang diadakan sempena prapelancaran pembangunan kediaman terbaharu, Alamanda Heights Residence.
Majlis berkenaan dirasmikan Menteri Pengangkutan Anthony Loke, yang turut memuji komitmen syarikat itu terhadap pembangunan bandar serta pembentukan komuniti lestari di Selangor, di samping menekankan kepentingan projek perumahan berkualiti bagi menyokong ekosistem bandar yang pesat berkembang.
Pengerusi Multiplex Property Group Datuk Adam Lee berkata majlis itu menandakan pencapaian penting dalam pengembangan syarikat itu.
“Hari ini menandakan lembaran baharu bagi Multiplex, dengan kami memperkukuh operasi menerusi pembukaan ibu pejabat baharu serta memperkenalkan Alamanda Heights Residence kepada orang ramai.
“Pembangunan ini mencerminkan visi kami untuk menyediakan kediaman yang menggabungkan lokasi strategik, reka bentuk moden serta nilai jangka panjang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Lee berkata dengan tahap kemajuan pembinaan yang lancar, Alamanda Heights Residence akan menjadi mercu tanda baharu dan penanda aras bagi kehidupan moden di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan.
Menurut Multiplex Property Group, keputusan menempatkan ibu pejabat syarikat itu di Taman Bukit Serdang memperlihatkan komitmen jangka panjang untuk memperkukuh pelaksanaan projek, meningkatkan koordinasi dalaman serta mempertingkat kecekapan perkhidmatan untuk semua pihak berkepentingan.
Ibu pejabat berkenaan akan berperanan sebagai pusat pentadbiran dan operasi utama syarikat serta sebagai hab operasi teras yang menyokong Alamanda Heights Residence selain beberapa projek pembangunan hartanah bertingkat serta bertanah yang akan dilancarkan.
Alamanda Heights Residence yang merupakan kondominium pegangan bebas setinggi 36 tingkat, mengandungi 440 unit kediaman, termasuk 114 unit Jenis A berkeluasan 1,050 kaki persegi, 238 unit Jenis B serta 88 unit Rumah Selangorku (RSKU) seluas 900 kaki persegi.
Terletak strategik berdekatan dengan kemudahan sedia ada dan akses lebuh raya utama, pembangunan ini kini di peringkat pembinaan cerucuk dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.
Untuk maklumat lanjut, layari www.alamandaheights.com.my atau hubungi 03-8966 0348 atau kunjungi galeri jualan di No. 1, Jalan BS 10/7, Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial