AM > BERITA

Kes Kematian Kucing, Anjing: JPV Perbetul Butiran Perundangan

19/12/2025 11:14 AM

PUTRAJAYA, 19 Dis (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) hari ini mengeluarkan pembetulan terhadap butiran perundangan berhubung kes tular kematian kucing dan anjing yang ditinggalkan di sebuah klinik veterinar di Damansara Damai, Kuala Lumpur.

JPV dalam kenyataan memaklumkan rujukan yang betul ialah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah dan bukan Seksyen 112 Kanun Keseksaan seperti dinyatakan dalam kenyataan medianya semalam.

“Kekhilafan itu tidak disengajakan dan pembetulan dibuat bagi memastikan ketepatan maklumat disampaikan kepada orang awam,” menurut kenyataan itu. 

Semalam, JPV mengesahkan menerima 1,920 aduan berhubung kes tular itu setakat ini, dan pemeriksaan oleh JPV Selangor di premis itu menemukan masing-masing satu karkas kucing dan anjing dalam sangkar berasingan.

Karkas itu telah dihantar ke Makmal Veterinar Zon Tengah di  Salak Tinggi, Sepang untuk bedah siasat.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan