AM > BERITA

KPN Peruntuk RM121,000 Program Pascabencana Banjir KRT Di Kelantan

21/12/2025 10:29 AM

MACHANG, 21 Dis (Bernama) -- Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menerusi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) memperuntukkan sejumlah RM121,000 bagi pelaksanaan Program Gerak Kerja Pascabencana (Banjir) Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Kelantan pada tahun ini.

Pengarah JPNIN Kelantan Zarina Zakaria berkata pengagihan peruntukan itu melibatkan 10 Skuad Uniti bagi setiap daerah di negeri ini, yang akan menerima 1,320 unit kotak Rahmah RTCares, peralatan pembersihan serta barangan dapur.   

"Program itu bertujuan membantu penduduk di KRT yang terjejas akibat banjir dan meringankan beban hidup serta memberikan keceriaan kepada penerima.

"Selain itu, ia juga dapat menyuntik semangat buat penerima untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik," katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

Zarina berkata program berkenaan juga dapat menerapkan nilai-nilai murni kepada komuniti untuk bersama prihatin terhadap bebanan ditanggung oleh mangsa banjir. 

Sementara itu, Ketua Skuad Uniti Daerah Gua Musang Nik Akmal Hisham Nik Mohd Yusoff menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan MADANI kerana menyalurkan peruntukan dengan mengagihkan barangan keperluan harian dan peralatan pembersihan kepada penduduk di KRT yang terjejas akibat banjir.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan