AM > BERITA

Agong Berkenan Dipersembahkan Taklimat Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

30/12/2025 10:30 AM

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan dipersembahkan taklimat mengenai laporan kemajuan kerja-kerja pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, di Jalan Kolam Air berhampiran Istana Bukit Serene, Johor Baharu, Johor.

Masjid berkenaan dibina hasil wang peninggalan anakanda Seri Paduka Baginda Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, yang mangkat pada 5 Dis 2015.

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, itu mampu memuatkan hampir 1,000 jemaah dalam satu masa.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Asman Shah Abd Rahman dan Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor Mohd Radzi Mohd Amin, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor Nasri Ali dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor Zainal Tumian.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan