AM > BERITA

Sultan Selangor Perkenan Pembukaan DUN Pada 20 April - Speaker

06/01/2026 06:45 PM

SHAH ALAM, 6 Jan (Bernama) -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Pertama bagi Penggal Ke-4 2026 yang dijadualkan berlangsung bermula 20 April depan.

Speaker Dewan Negeri Selangor Lau Weng San berkata Sultan Selangor juga dijangka berangkat pada pembukaan sidang itu pada tarikh berkenaan.

“Sidang DUN tahun ini telah pun diperkenankan Sultan Selangor dan akan bermula pada 20 April 2026 nanti

“Bagi sidang kedua akan bermula pada Ogos manakala untuk sidang ketiga pula dijangka pada pertengahan November tahun ini,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan