AM > BERITA

Huawei Lancar Mate X7, Penanda Aras Baharu Telefon Pintar Boleh Lipat

21/01/2026 10:06 PM

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate X7 di Malaysia, telefon pintar boleh lipat terkini yang dipertingkatkan dan berkuasa, direka untuk menggabungkan prestasi premium serta ketahanan.

Mate X7 direka untuk pengguna yang mengutamakan fleksibiliti tanpa mengorbankan prestasi, menawarkan peralihan lancar antara kerja dan masa lapang.

Peranti ini dilengkapi sistem paparan dwi X-True™ HUAWEI, yang merangkumi skrin luaran 6.49 inci dan skrin dalaman 8 inci, memberikan kepelbagaian paparan, pengalaman menonton yang imersif serta pengendalian pelbagai aplikasi yang lancar, disokong oleh kadar penyegaran adaptif.

“Walaupun saiz skrin besar, HUAWEI Mate X7 tetap nipis dan selesa dipegang. Rekaan boleh lipat empat sisi melengkung membolehkan peranti ini terletak dengan semula jadi di tangan, manakala modul kamera Time Space Gate yang ikonik serta kemahiran Light Woven Brocade meningkatkan lagi penampilan peranti dengan estetika premium dan halus.

“Tersedia dalam warna Nebula Red, Classic Black dan Brocade White, HUAWEI X7 mencerminkan keseimbangan rekaan moden dan keanggunan yang tidak lekang dek waktu,” menurut kenyataan itu.

Mate X7 menonjol dengan sistem kamera True-to-Colour HUAWEI, yang direka untuk memberikan ketepatan warna lebih baik serta pengambilan cahaya optimum dalam semua keadaan pencahayaan.

Telefon pintar ini dilengkapi dengan kamera Ultra Lighting HDR serta kamera telefoto makro 50 megapiksel dengan zum optik 3.5 kali, membolehkan penggambaran sudut lebar dan jarak dekat dengan mudah.

Dari segi ketahanan, Mate X7 dibina menggunakan seni bina boleh lipat ultra boleh dipercayai, dengan skrin luarannya dilindungi kaca kunlun kristal ultra tahan lasak manakala skrin dalaman diperkuat dengan engsel berketepatan tinggi dan struktur komposit tiga lapisan.

Dengan tahap kalis habuk dan air IP58 dan IP59, Mate X7 direka untuk menahan penggunaan harian dengan penuh keyakinan.

“Mate X7 dikuasakan dengan bateri silikon-karbon berkapasiti 5,600 miliamp-jam, yang menyokong pengecasan pantas HUAWEI SuperCharge 66 watt berwayar dan 50 watt tanpa wayar untuk penggunaan sepanjang hari,” menurut kenyataan itu.

Peranti ini turut dilengkapi ciri kecerdasan buatan (AI) seperti AI Remove, AI Best Expression, Face-to-Face Translation serta pembatalan hingar AI dua hala, bagi mempertingkatkan kemudahan serta komunikasi.

“HUAWEI Mate X7 ditawarkan pada harga RM8,688 dan boleh ditempah di Malaysia bermula 20 Jan menerusi semua HUAWEI Experience Store, laman web rasmi HUAWEI serta platform e-dagang terpilih. Pelanggan tempahan awal turut layak menerima hadiah eksklusif dan rebat tukar beli bernilai hingga RM7,597,” menurut kenyataan itu.

Telefon pintar itu turut ditawarkan menerusi Maxis, dengan pelan pascabayar bermula serendah RM170 sebulan.

Sementara itu, HUAWEI mengumumkan ketersediaan HUAWEI FreeClip 2 jenis open-ear di seluruh negara, yang kini ditawarkan pada harga RM699 selepas rebat, selain memperkenalkan HUAWEI WATCH ULTIMATE DESIGN serta siri HUAWEI WATCH GT 6 di Malaysia.

Dengan rangkaian produk ini, HUAWEI akan terus memperkukuh ekosistem di Malaysia menerusi penyelesaian teknologi bersepadu merangkumi telefon pintar, audio dan peranti boleh pakai.

-- BERNAMA

 

Penafian: Ini adalah artikel advertorial berbayar. BERNAMA tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, ketepatan dan pendapat yang disiarkan dalam artikel tersebut.

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan