AM > BERITA

SPR Diundang Sebagai Pemerhati Proses PRU Di Thailand, Bangladesh

05/02/2026 09:50 PM

PUTRAJAYA, 5 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima jemputan untuk membuat pemerhatian ke atas pelaksanaan pilihan raya umum (PRU) di Thailand dan Bangladesh yang akan berlangsung bulan ini. 

Setiausaha SPR Datuk Khairul Shahril Idrus berkata PRU Thailand akan diadakan pada 8 Feb manakala PRU Bangladesh dijadualkan pada 12 Feb.

Beliau berkata penyertaan suruhanjaya itu dalam kedua-dua pilihan raya antarabangsa tersebut selaras dengan komitmen berterusan SPR dalam memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa dan memperkasakan tadbir urus pilihan raya melalui perkongsian pengalaman dan amalan tatakelola terbaik menerusi pemerhatian ke atas pelaksanaan PRU di negara lain.

"Program ini juga mencerminkan kepercayaan komuniti antarabangsa terhadap Malaysia dan SPR sebagai sebuah institusi pengurusan pilihan raya yang berwibawa.

"SPR percaya interaksi dan dialog bersama badan pengurusan pilihan raya negara lain akan terus menyumbang kepada usaha penambahbaikan berterusan kepada pelaksanaan pilihan raya di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun akan mengetuai delegasi ke Bangladesh manakala wakil pengurusan SPR akan ke Thailand.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan