AM > BERITA

Isu Tanah Ladang Komersial FELDA-Terengganu Hampir Selesai - Ahmad Zahid

08/02/2026 10:14 PM

KUALA NERUS, 8 Feb (Bernama) -- Isu tanah ladang komersial antara Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Kerajaan Negeri Terengganu hampir selesai, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata beberapa siri perbincangan antara Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu dan Bahagian Kawalan FELDA (BKF) telah diadakan sebelum ini.

"Hampir selesai… insya-Allah akan selesai dalam waktu yang paling terdekat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Permukiman Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Tahun 2026 dan Pelancaran Pelan Strategik KKDW Tahun 2026-2030 di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang.

Sebelum ini, Terengganu mengeluarkan notis larangan menceroboh tanah yang diusahakan FELDA di 10 ladang seluas kira-kira 15,000 hektar selepas mendakwa ia telah diteroka tanpa pembayaran premium, cukai atau perkongsian keuntungan selama lebih 40 tahun.

Penyerahan notis itu dilakukan serentak kepada pihak pengurusan ladang di Setiu, Besut, Kemaman, Marang, Dungun dan Hulu Terengganu.

Bagaimanapun, Kerajaan Negeri Terengganu melanjutkan tempoh remedi kepada FELDA susulan perkembangan positif hasil rundingan. 

 -- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan