KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Proses pemindahan patung berhala oleh pihak pengurusan Kuil Sri Uchimalai Muniswarman Taman Rawang Perdana, Rawang malam tadi berjalan lancar.
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata kerja-kerja pemindahan di Gombak itu telah berlangsung dari 9.30 malam hingga 4.12 pagi tadi.
“Sepanjang proses tersebut berlangsung tiada sebarang insiden tidak di ingini berlaku serta keadaan dipantau pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM.
“Sepuluh orang yang terdiri daripada penganut dan wakil dari pihak pengurusan kuil telah menjalankan urusan memindahkan kesemua empat patung berhala berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pihak pemilik tanah juga telah memulakan kerja pembersihan tapak kuil berkenaan pada awal pagi, setelah segala urusan pemindahan selesai dilaksanakan oleh pihak pengurusan kuil.
Shazeli mengingatkan semua pihak yang terlibat supaya terus menghormati saluran perundangan sedia ada dan tidak mengambil tindakan sendiri yang boleh menggugat keharmonian kaum serta agama.
“Sebarang pertikaian hendaklah diselesaikan mengikut prosedur telah ditetapkan pihak berkuasa tempatan dan pemilik tanah yang sah.
“Pihak polis juga akan memantau ketat sebarang penularan maklumat di media sosial dan memberi amaran keras terhadap penyebaran kandungan berbaur 3R (agama, bangsa, diraja) yang boleh mencetuskan kegusaran awam,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial