AM > BERITA

Agong Berkenan Rasmi Masjid UPNM Sultan Ibrahim

03/03/2026 09:47 PM

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Masjid Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Sultan Ibrahim, di sini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pada 7 malam disambut oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Turut berangkat Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj Sultan Ibrahim.

Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman.

Majlis dimulakan dengan Yang di-Pertuan Agong berkenan merasmikan Masjid UPNM Sultan Ibrahim dengan menandatangani plak perasmian sebagai simbolik pembukaan rasmi masjid berkenaan.

Sejurus majlis itu, Sultan Ibrahim berangkat menyertai jamuan berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib berjemaah bersama-sama warga UPNM.

Seri Paduka Baginda kemudian berangkat pulang kira-kira 8.10 malam.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan