DUNIA > BERITA

ZOO FINLAND KEMBALIKAN PANDA GERGASI KE CHINA SUSULAN MASALAH KEWANGAN

24/09/2024 12:08 PM

HELSINKI, 24 Sept (Bernama-Xinhua) -- Zoo Ahtari Finland pada Isnin mengumumkan bahawa dua panda gergasi yang tinggal di zoo itu akan dihantar pulang ke China akhir tahun ini, lapor Xinhua.

Panda-panda itu telah tinggal di zoo berkenaan sejak 2018, sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelidikan selama 15 tahun untuk pemuliharaan spesies.

Namun, zoo terbabit berdepan masalah kewangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menurut laporan media tempatan.

Pengerusi lembaga pengarah zoo, Risto Sivonen berkata bahawa sumber kewangan mereka tidak mencukupi untuk terus menyokong program pemuliharaan unik ini.

Pihak zoo turut menyatakan hasrat untuk menjalankan penstrukturan semula hutang pada Isnin.

Ahtari terletak di barat tengah Finland dan zoo itu merupakan tarikan utama bandar kecil berkenaan.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan