DUNIA > BERITA

MEMACU AGENDA PEMERKASAAN NEGARA DALAM BIDANG ANGKASA LEPAS - XI

24/09/2024 03:51 PM

BEIJING, 24 Sept (Bernama-CMG) -- Prob penyelidikan Chang'e-6 telah berjaya membawa pulang sampel dari sisi jauh bulan untuk julung kalinya dalam sejarah manusia, sekali gus menyaksikan lonjakan besar dicapai dalam aplikasi sejumlah teknologi yang strategik. Pencapaian ikonik dalam bidang angkasa lepas ini bukan sahaja merupakan pemangkin kepada  agenda pemerkasaan negara berdasarkan kemajuan sains dan teknologi, tetapi juga satu detik sejarah dalam pelaksanaan projek China tentang penerokaan bulan.

Presiden China Xi Jinping berkata demikian ketika bertemu wakil kakitangan yang terlibat dalam misi Chang'e-6 di Dewan Besar Rakyat di sini pagi Isnin.

Xi berkata tempoh 20 tahun yang lepas menyaksikan kemajuan besar  melibatkan dapatan sains, inovasi teknologi, praktik kejuruteraan, aplikasi hasil saintifik dan kerjasama antarabangsa, berturut-turut dicapai dalam pelaksanaan projek penerokaan bulan. China berjaya merintis jalan berkualiti tinggi dan berkecekapan tinggi dalam bidang penerokaan bulan, yang dilihat sebagai sumbangan besar bagi perkembangan industri aeroangkasa negara malah kondusif bagi eksplorasi angkasa lepas dalam senario global.

“Angkasa lepas adalah ruang milik bersama manusia, sedangkan penerokaan angkasa lepas adalah misi bersama manusia. Prob Chang'e milik China  untuk seluruh umat manusia, berperanan menyediakan pentas yang luas untuk kerjasama saintifik dan teknologi antarabangsa, dan sebagai hasil penyelidikan yang bercirikan China menyumbang kepada penerokaan angkasa lepas dalam senario global. Kita perlu terus mengambil sikap yang terbuka untuk menggalakkan lagi pertukaran dan kerjasama antarabangsa dalam pelbagai bentuk di bidang aeroangkasa, berkongsi hasil pembangunan dengan negara lain, meningkatkan tadbir urus terhadap angkasa lepas, dan menjadikan setiap umat manusia semakin relevan dengan pencapaian sains serta teknologi dalam bidang aeroangkasa,” kata Xi.

Xi berharap agar setiap penggiat yang terlibat dalam bidang aeroangkasa China terus menyemarakkan semangat perjuangan, menumpukan kepada penyelidikan mengenai sampel yang dibawa dari bulan, memperincikan pelaksanaan sejumlah projek mega di bidang angkasa lepas, serta mendorong pembangunan saintifik yang bersepadu dari segi teknikal dan praktikal supaya dapat melakar pencapaian baharu dalam mengharumkan nama negara di bidang angkasa lepas.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan