DUNIA > BERITA

SESI KE-79 PERHIMPUNAN AGUNG PBB BERMULA DI NEW YORK DENGAN PENYERTAAN PRESIDEN ABBAS

24/09/2024 10:18 PM

NEW YORK, 24 Sept (Bernama-WAFA) -- Sesi ke-79 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bermula di Ibu Pejabat PBB di New York pada Selasa, dengan penyertaan Presiden Negara Palestin Mahmoud Abbas, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Sesi yang bertajuk: "Tidak meninggalkan sesiapa pun: bertindak bersama untuk kemajuan keamanan, pembangunan mampan dan maruah manusia untuk generasi sekarang dan akan datang," berlandaskan resolusi 58/126, menangani beberapa isu, terutamanya: keamanan dan keselamatan antarabangsa, pembangunan mampan dan teknologi.

Sesi ke-79 Perhimpunan Agung, yang dibuka pada Selasa akan diteruskan hingga Sabtu, 28 September dan berakhir pada Isnin, 30 September, dengan penyertaan ketua negara dan kerajaan negara anggota PBB.

Presiden Mahmoud Abbas dijadualkan menyampaikan ucapan Negara Palestin kepada Perhimpunan Agung pada Khamis, 26 September.

Sesi Perhimpunan Agung kali ini menyaksikan peristiwa bersejarah apabila Negara Palestin memperoleh kerusi rasmi dalam kalangan Negara Anggota Perhimpunan Agung buat kali pertama semasa sesi perasmian, dalam pelaksanaan resolusi yang diluluskan pada Mei.

-- BERNAMA-WAFA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan