DUNIA > BERITA

ERDOGAN KECAM UNSC KERANA GAGAL HENTIKAN PERANG DI GAZA, SAMAKAN SITUASI SEBAGAI ‘GENOSID’

25/09/2024 12:46 PM

ISTANBUL, 25 Sept (Bernama-dpa) -- Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan mengkritik Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) kerana gagal menghentikan apa yang disifatkannya sebagai "genosid" di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman dpa.

"Apa yang anda tunggu untuk menghalang genosid di Gaza dan menghentikan kekejaman serta kebiadaban ini?," kata Erdoğan semasa Perbahasan Umum di Perhimpunan Agung PBB di New York pada Selasa.

"Seperti mana Hitler dihentikan oleh perikatan kemanusiaan 70 tahun lalu, Netanyahu dan rangkaian pembunuhnya juga mesti dihentikan oleh perikatan kemanusiaan," katanya sambil menyamakan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan Adolf Hitler.

Erdoğan turut menyokong hak sah rakyat Palestin untuk "melawan" dan menyeru agar Palestin diiktiraf sebagai sebuah negara yang merdeka.

Erdoğan sebelum ini pernah menyifatkan kumpulan Islam Palestin, Hamas, sebagai "organisasi pembebasan,”.

-- BERNAMA-dpa


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan