DUNIA > BERITA

DUA TAUFAN HAMPIRI SELATAN JEPUN - AGENSI METEOROLOGI

30/09/2024 03:58 PM

TOKYO, 30 Sept (Bernama-Sputnik) -- Dua taufan dikenali sebagai Jebi dan Krathon sedang menghampiri selatan Jepun, lapor Sputnik memetik Agensi Meteorologi Jepun pada Isnin.

Jebi telah bergerak ke arah Kepulauan Ogasawara dan dijangka menghampiri Kepulauan Izu pada Selasa.

Jebi pada Selasa dan Rabu akan melanda sepanjang pantai utara Jepun. Pada masa ini, tekanan pusat taufan ialah 998 hectopascal dan kelajuan angin berhampiran pusat ialah 32.1 kilometer (km) sesaat, dengan kelajuan tiupan angin maksimum mencecah 48.2 km sesaat.

Krathon kini berada di antara Taiwan dan Filipina dan sedang bergerak ke arah Jepun dari selatan. Ia kini dinilai sebagai "sangat kuat" dengan tekanan pusat 935 hectopascal dan kelajuan angin maksimum berterusan berhampiran pusat mencapai 80.4 km sesaat, manakala kelajuan tiupan angin maksimum ialah 112.6 km sesaat. 

Krathon dijangka akan sampai ke Kepulauan Sakishima di Wilayah Okinawa menjelang hujung minggu.

Pada Ogos, Jepun dilanda Taufan Shanshan yang kuat, mengorbankan lapan orang dan menyebabkan lebih 120 cedera.

--BERNAMA-SPUTNIK


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan